Congratulations to Thana, April’s crew of the month for your fabulous quality of work and your dedication in making customers happy. Do enjoy your massage from Sentuh.my and tell us how it goes ya.
“Saya suka sangat kerja dengan Maideasy! In fact, saya bakal berhenti kerja full-time saya untuk fokus pada kerja Maideasy sahaja,” seloroh Kak Thana apabila ditanya tentang pengalaman bekerja dengan Maideasy. Thana Letchumy, ataupun lebih mesra dipanggil Akka Thana dalam kalangan admin Maideasy, telah menyertai kami pada bulan Mei tahun lepas dengan niat untuk mengisi masa lapangnya sahaja namun lama-kelamaan beliau telah ‘ketagih’ dengan kerja part-time ini. Pujian terhadap pelanggan Maideasy langsung tidak terputus sepanjang 40 minit bersembang dengan wanita yang murah dengan senyuman dan lembut tatacara ini.
“Pada mulanya, saya cuma nak isikan cuti saya selama 28 hari,” kata Akka Thana yang telah bekerja selama 14 tahun sebagai pegawai khidmat pelanggan syarikat keselamatan. “Tetapi saya jatuh cinta dengan kerja ini dengan waktu yang fleksibel dan gaji yang lumayan. Saya boleh peroleh gaji yang lebih tinggi dari kerja tetap saya dalam tempoh kurang dari sebulan. Tambahan pula, pelanggan Maideasy semua baik-baik belaka!”
.
Dari job pertama lagi, beliau sentiasa mendapat pelanggan yang memahami dan mengambil berat tentang beliau, malah ada yang suruh dia duduk dan minum dahulu sebelum memulakan tugas. Thana yang disukai oleh hampir semua pelanggan beliau, mengatakan bahawa beliau berpegang teguh kepada konsep saling membantu. Oleh itu, beliau tidak pernah kedekut masa dan sering mengemas rumah sampai beliau sendiri pun puas hati, walaupun masa telah tamat. Di samping itu, sekiranya ada pelanggan yang meminta untuk mengambil beliau sebagai full-time cleaner tanpa melalui Maideasy, beliau juga menolak kerana dia tidak sanggup mencuri rezeki dari syarikat yang telah banyak membantu dia. “Kita naik sama-sama dengan company. Susah sama-sama, senang pun sama-sama. You help me, I help you,” kata beliau yang juga rajin mempromosikan syarikat Maideasy kepada kawan-kawannya.
Kami amat berbesar hati kerana mendapat krew yang berdisiplin dan penuh integriti seperti Thana. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Sentuh MY kerana menaja aromatherapy massage sebagai insentif kepada Krew of the Month bulan Mac. Teruskan berusaha Akka Thana! ❤