Waktu kerjaya yang fleksibel – Inilah kelebihan jika anda berkhidmat bersama MaidEasy!
Di sini kami ingin kongsikan profil Cleaner of the Month – September kami, seorang individu yang sungguh rajin dan bertanggungjawab.
Cleaner of the month: Puan Rohana
Jawatan lepas: Berkhidmat di sebuah syarikat swasta selama 21 tahun
Tempoh perkhidmatan dengan MaidEasy: 4 bulan
Cabaran tugas: Mengatasi rasa bimbang untuk masuk ke rumah penghuni yang tidak dikenali pada awal perkhidmatan. Kini sudah okay!
Oleh kerana ingin menumpukan perhatian yang lebih terhadap keluarganya, Puan Rohana telah meletakkan jawatannya yang lalu dan menceburi kerjaya yang baru baginya sebagai part-time cleaner bersama MaidEasy. Don’t be afraid to try something new!
Puan Rohana gembira kerana kini dia dapat seimbangkan tugas dan kehidupan oleh sebab jadual waktu kerja yang fleksibel. Bukan sahaja dia mempunyai masa untuk bersama and menguruskan keluarganya, dia juga menerima pendapatan yang amat memuaskan daripada MaidEasy.
Seorang pekerja yang berdedikasi, sentiasa menunjukkan rekod kerja yang baik dan hanya mendapat rating yang tinggi dari pelanggan. Kami amat berbesar hati untuk menganugerahkan ‘Cleaner of the Month – September‘ kepadanya! Tahniah dan keep up with the good work!
Anda juga boleh nikmati kerjaya-kehidupan seimbang. Sertailah kami sebagai seorang cleaner hari ini!