Jom kerja cleaner

Tentukan bila anda ingin bekerja, lokasi yang anda mahu dan get paid!

Ingin menyertai pasukan cleaner kami?

Bila disebut saja cleaner atau pembantu rumah, pasti masyarakat akan beranggapan ini hanyalah kerja untuk warga asing. Tambahan pula pada zaman yang serba canggih ini, manakan ada orang kita nak yang sanggup memilih pekerjaan sebagai cleaner.

Walaupun pekerjaan sebagai cleaner itu dianggap remeh, jangan terkejut kalau anda mendapati yang dompet mereka pun tebal. Nak tahu kenapa? Sebab cleaner adalah salah satu pekerjaan yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa saja, malah dibayar dengan upah yang agak tinggi berbanding pekerjaan yang setara dengannya. Yang menarik lagi, melalui Maideasy , anda adalah BOS. Anda yang akan menentukan masa kerja anda sendiri, sama ada sepenuh masa atau secara sambilan mengukut kelapangan anda.

Senang cerita, tiada kerja yang dapat memberikan anda faedah di atas sebaik cleaner Maideasy!

Untung lebih

Kami akan memastikan anda mendapat harga pasaran yang terbaik dan menguntungkan.

Masa fleksibel!

Anda boleh memilih sama ada untuk berkerja secara sambilan atau sepenuh masa. Selain itu, anda akan diberi kelonggaran dalam mengisi jadual sedia ada dengan seberapa banyak kerja mengikut kemampuan anda.

Pembayaran Telus

Pihak kami akan sentiasa memastikan anda dibayar dengan cepat dan telus!

Apa kata Cleaner kami?

Siapa boleh jadi Cleaner?

Kerja cleaner ni tak susah. Sesiapa saja boleh buat, tak kiralah anda seorang pelajar yang ingin cari duit lebih atau seorang surirumah yang mempunyai banyak masa lapang. Dengan sistem kerja Maideasy, anda boleh kerja ikut kemahuan dan kemampuan sendiri. Tapi ingat: lagi banyak kerja anda lakukan, lagi banyak duit yang anda dapat. Anda juga boleh pilih hari untuk bekerja dan bercuti. Sangat mudah,kan?!!

Gaji yang saya boleh dapat?

Bayangkan jumlah upah sebanyak TIGA kali ganda daripada bekerja di restoran makanan segera. Bukan itu saja, jika anda bekerja secara sepenuh masa, anda boleh memperoleh gaji bulanan sebanyak RM2000 atau lebih dengan mudah!

Susah ke jadi Cleaner?

Oh, sangat senang kalau jadi cleaner ni. Bukan sahaja anda bebas untuk tentukan hari dan masa bekerja, malah anda cuma perlu ikut senarai kerja yang kami beri dan selesaikan. Jenis tugasan termasuklah membersih dan mengemas rumah, mengemop lantai dan menyusun atur barangan hiasan. Selain itu, anda juga akan berasa rileks kerana tidak perlu bergerak terlalu banyak.

Ada career paths untuk Cleaning Crew tak?

Selain daripada peluang untuk meningkatkan gaji, anda juga boleh tingkatkan career dan tanggungjawab anda. Berdasarkan dari prestasi kerja yang cemerlang dan maklum balas baik daripada pelanggan, anda akan dinaikkan pangkat!

Entry-level Cleaning Crew > Crew Supervisor > Crew Team Leader > Crew District

Leader > Crew City Leader > Crew State Leader > Crew Country Leader

Apa yang istimewanya Maideasy ni?

Maideasy bukanlah cleaning company, jadi, anda bukanlah bekerja untuk kami. Kami sebenarnya bekerja mencari pelanggan untuk anda. Kami menyediakan laman web dan aplikasi telefon pintar yang membantu pelanggan menggunakan perkhidmatan anda.

Bestnya... Saya nak sertai Cleaning Crew Maideasy!

Untuk menyertai kami, sila isikan maklumat anda pada borang di bawah.

Untuk makluman, pihak kami memerlukan beberapa hari bekerja bagi membuat semakan latar belakang anda terlebih dahulu. Setelah selesai, pegawai kami akan menghubungi anda untuk sesi temuduga. Pihak kami juga akan menyediakan latihan secara berterusan kepada calon-calon yang telah berjaya bagi menigkatkan kemahiran dan kualiti perkhidmatan ini.