Kerja part time untuk pelajar universiti (student)

Anda sedang plan untuk membuat kerja part-time? Tapi risau tak dapat fokus study pada masa yang sama? Jangan risau! Sini kami senaraikan beberapa benefit kerja part time untuk pertimbangan anda semua!

  1. Cantikkan resume
    Sekarang ni, majikan bukan setakat tengok pointer malah lagi pentingkan pengalaman kerja. Jadi apa kata sementara cuti sem kita tambahkan lagi pengalaman kerja dan juga pengalaman hidup! Dengan membuat kerja part-time, bakal majikan korang akan melihat korang sebagai fresh grad yang berkemampuan dan bukan anak manja yang tak biasa disuruh buat kerja.
  2. Pandai mengurus masa
    Sekiranya korang berjaya mencari kerja yang menawarkan flexible, korang tetap kena pandai mengurus masa supaya assignment tak terabai. Walaupun korang dah susun jadual dan plankan waktu untuk siapkan assignment, korang kena pastikan betul-betul ikut jadual tu tak kira betapa penatnya badan korang. Yang paling penting, korang kena pastikan jadual kerja korang takkan jadi penyebab korang ponteng kelas. Ingat, tugas utama korang adalah sebagai student yang menuntut ilmu!
  3. Kebebasan kewangan
    Haa, ini la benefit paling best dan penyebab utama student nak buat kerja part time! Duit hasil titik peluh tu korang boleh pakai untuk shopping ke, bayar sewa rumah ke, ataupun buat simpanan, yang paling penting, korang tak perlu menyusahkan parents atau mengharapkan duit PTPTN yang hanya masuk awal sem.

Kalau korang belum usya lagi company untuk kerja part-time, jom kita tengok beberapa pilihan kerja part time yang popular di kalangan student:


Grab – Memang sesuai untuk korang yang memerlukan flexibility untuk study dan kerja. Tapi korang kenalah ada kereta sendiri. Tak ramai student yang mampu atau sudah ada kereta sendiri masa tengah study kan. Dan satu lagi, tak semestinya boleh dapat customer, kadang-kadang kena tunggu sejam lebih baru dapat satu customer, tu pun dapat trip RM5 je. Duit minyak dan masa terbazir. Lagi satu, kena rajin servis kereta. Belum kira lagi customer buat sepah dalam kereta tersayang, kena cuci kereta setiap 2-3 hari. Untung bersih untuk satu hari dalam RM100 je, tu pun kalau tunggu seharian. Tak lama lagi, GRAB juga akan dibawah undang-undang Kementerian Pengangkutan dan dikenakan bermacam-macam bayaran sebelum dapat buat job. Tak semua student mampu dan ada banyak duit untuk memulakan sesuatu kerja kan.


Kedai makan / Promoter – Restoran-restoran makanan segera seperti McDonald’s dan KFC memang sentiasa mencari pekerja part time, sama juga dengan francais lain seperti Watsons, Parkson dan lain-lain. Tapi korang terpaksa ikut jadual kerja yang langsung tidak fleksibel. Sekali ada last minute gathering, ataupun parents ajak balik kampung, terpaksalah tarik diri dari event tu untuk mengelakkan pening kena ganti jam bekerja, ataupun gaji kena tolak. Gaji pula secara bulanan, kalau tengah bulan tak cukup duit, makan Maggi je laa jawabnya.


Jual barang online – Yang ni memang bunyi macam best, duduk rumah goyang kaki balas message customer je. Tapi korang boleh yakin tak order sentiasa akan ada? Dahlah kena selalu melekat dengan phone, takut hilang customer sebab lambat reply. Daripada 10 orang yang message, mungkin hanya 3 4 orang je yang betul-betul serious buyer. Membazir masa je layan orang yang sekadar ingin bertanya harga.


MAIDEASY – Boleh merancang jadual anda siap-siap, dan boleh tetapkan sendiri waktu berehat. Job pun sentiasa ada, dari Isnin-Ahad, termasuklah public holiday. Kalau buat hari-hari, boleh mendapat gaji mencecah RM1,000 dalam satu minggu sahaja, dan tiada tolakan EPF Socso. Jadual kerja flexible, tak perlu report kepada siapa-siapa dan gaji lumayan! Bayaran pula RM16/jam untuk kerja yang sangat sangat senang – mengemas rumah sahaja!

This image has an empty alt attribute; its file name is maideasy-vs-others.png

Macam mana, best kan? Syarat-syarat untuk menyertai Maideasy pun sangat senang:

Warganegara Malaysia / Penduduk tetap (Pemegang IC merah)
Berumur 18 tahun – 55 tahun
Mempunyai telefon Android
Mempunyai transport sendiri – kereta atau motor

Tak nak kerja cleaner? Malu kerja cleaner? Jangan risau.. Korang bukan student pertama bekerja sebagai cleaner dengan Maideasy. Ramai dari krew Maideasy adalah dari kalangan student macam korang, antaranya dari Universiti Malaya, UPM, UKM, UIA, UniKL, UiTM dan ramai jugak dari kolej-kolej dekat Klang Valley ni.

Layari laman Facebook kami untuk permohonan dan sebarang pertanyaan. 

Bestnya… Saya nak sertai Cleaning Crew Maideasy!

Ketahui lebih lanjut mengenai kerja di Maideasy, faedah-faedah serta cara-cara untuk menyertai team kami