Kerja part time sekarang ada macam-macam. Boleh berniaga jual makanan, boleh jadi promoter, boleh kerja fast food macam McDonald’s, boleh kerja call center, ataupun yang paling senang, jadi runner hantar barang untuk online business.
Tak kisah la anda baru sampai di KL dan sekadar ingin mencuba nasib dahulu sementara mencari kerja tetap, telah bekerja sepenuh masa tetapi perlukan duit tambahan, ataupun seorang student yang ingin mencari duit sampingan untuk meringankan beban keluarga, kerja-kerja part time berikut semua mudah untuk dibuat.
Grab – Memang sesuai untuk anda yang memerlukan flexibility. Tapi masalah besar – harus mempunyai kereta yang berumur tidak lebih dari 10 tahun. Sayangnya, kereta masih belum habis bayar tapi kena bawa jauh-jauh. Kos servis kereta pun sudah tentu naik kerana banyak berjalan dan mileage cepat naik. Belum kira lagi customer buat sepah dalam kereta tersayang, kena cuci kereta setiap 2-3 hari. Tak lama lagi, GRAB juga akan dibawah undang-undang Kementerian Pengangkutan dan dikenakan bermacam-macam bayaran sebelum dapat buat job. Banyak sangat step untuk kerja yang dibuat sebelah malam sahaja. Tapi kalau anda pandai cari port di mana rider masih ramai pada waktu malam, tak mustahil untuk untung RM100 dalam satu malam, jika bernasib baik.
Jual insurans / takaful– Haa yang ni confirm dapat komisen tinggi. Tapi sebelum tu, banyak ilmu yang perlu dipelajari kerana bermacam-macam pakej yang boleh mix and match dan kita harus fikir apa yang paling bagus untuk client kita. Dan selalunya, kita yang kena keluar jumpa customer, di kawasan yang customer request. Dahlah penat kerja seharian, lepas tu kena drive jumpa client dan brief mereka tentang produk yang diminati. Akhirnya, potential client tak jadi pula nak membeli insurans dengan kita.
Ejen hartanah – Ini pula level up sedikit dari kerja jual insurans dan semestinya, komisen pun jauh lagi tinggi, beribu-ribu untuk setiap jualan yang berjaya dibuat. Akan tetapi dengan ekonomi zaman ini, orang yang ingin membeli rumah pun makin berkurang, malah banyak rumah baru yang masih tidak bermilik. Seperti ejen insurans dan takaful, ejen hartanah perlu banyak membuat research dan juga perlu mengenali rumah-rumah yang dijual seperti . Gaji dari kerja ni memang cukup untuk menjadi kerja full time jika termasuk dengan komisen, tapi sales tak tentu sebab melibatkan jumlah wang yang besar.
MAIDEASY – Boleh merancang jadual anda siap-siap, dan boleh tetapkan sendiri waktu berehat. Job pun sentiasa ada, dari Isnin-Ahad, termasuklah public holiday. Kalau buat hari-hari, boleh mendapat gaji mencecah RM1,000 dalam satu minggu sahaja, dan tiada tolakan EPF Socso. Jadual kerja flexible, tak perlu report kepada siapa-siapa dan gaji lumayan! Bayaran pula RM16/jam (belum termasuk bonus) untuk kerja yang sangat sangat senang – mengemas rumah.
Macam mana, best kan? Syarat-syarat untuk menyertai Maideasy pun sangat senang:
Warganegara Malaysia / Penduduk tetap (Pemegang IC merah)
Berumur 18 tahun – 50 tahun
Mempunyai telefon Android
Mempunyai transport sendiri – kereta atau motor
Klik sini sekarang untuk mendaftar! Ataupun telefon kami di 03-2770 2808 untuk sebarang pertanyaan. Jangan risau sekiranya tidak pernah mencuci rumah orang lain, training kami akan sediakan secara PERCUMA!
Bestnya… Saya nak sertai Cleaning Crew Maideasy!
Ketahui lebih lanjut mengenai kerja di Maideasy, faedah-faedah serta cara-cara untuk menyertai team kami