Kerja part-time diwaktu malam

Dengan ekonomi zaman ni, makin lama makin susah nak survive dengan bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Memandangkan kerja full time selalu selama 8 jam je setiap hari, dan anda free pada waktu malam, apa kata anda menyahut cabaran menteri dengan buat #2kerja?

Tapi kerja apa je yang kita boleh buat waktu malam? Jom kita tengok beberapa pilihan kerja part time yg boleh dibuat selepas office hour! Kerja-kerja berikut sesuai untuk semua orang tak kira bujang atau sudah berkahwin, ada anak atau belum, yang penting anda sendiri meletakkan usaha untuk berjaya dalam kerja yang dipilih. Kerja-kerja yang kami senaraikan di bawah membuahkan hasil yang sama dengan usaha yang dilaburkan, malah mampu menjana income tambahan sehingga 4 angka setiap bulan!

Grab – Memang sesuai untuk anda yang memerlukan flexibility. Tapi masalah besar – harus mempunyai kereta yang berumur tidak lebih dari 10 tahun. Sayangnya, kereta masih belum habis bayar tapi kena bawa jauh-jauh. Kos servis kereta pun sudah tentu naik kerana banyak berjalan dan mileage cepat naik. Belum kira lagi customer buat sepah dalam kereta tersayang, kena cuci kereta setiap 2-3 hari. Tak lama lagi, GRAB juga akan dibawah undang-undang Kementerian Pengangkutan dan dikenakan bermacam-macam bayaran sebelum dapat buat job. Banyak sangat step untuk kerja yang dibuat sebelah malam sahaja. Yang paling merisaukan, keselamatan langsung tidak terjamin, terutamanya untuk driver wanita. Tapi kalau anda pandai cari port di mana rider masih ramai pada waktu malam, tak mustahil untuk untung RM100 dalam satu malam, jika bernasib baik.

Jual barang online – Yang ni memang bunyi macam best, duduk rumah goyang kaki balas message customer je. Modal pun tak tinggi, sebab kita boleh apply sebagai dropship je dan tak perlu order dan simpan barang. Tapi bolehkah anda yakin yang order akan sentiasa ada? Dahlah kena selalu melekat dengan phone, takut hilang customer sebab lambat reply. Lama-lama, mesti waktu siang pun anda kena layan Whatsapp. Yang lagi teruk, daripada 10 orang yang message, mungkin hanya 3 4 orang je yang betul-betul serious buyer. Membazir masa je layan orang yang sekadar ingin bertanya harga. Yang ni mungkin menghasilkan pendapatan yang lumayan sikit berbanding dengan Grab, bergantung pada produk yang anda piliih untuk jual, malangnya tetap tak stabil.

Jual insurans / takaful – Haa yang ni confirm dapat komisen tinggi. Tapi sebelum tu, banyak ilmu yang perlu dipelajari kerana bermacam-macam pakej yang boleh mix and match dan kita harus fikir apa yang paling bagus untuk client kita. Dan selalunya, kita yang kena keluar jumpa customer, di kawasan yang customer request. Dahlah penat kerja seharian, lepas tu kena drive jumpa client dan brief mereka tentang produk yang diminati. Akhirnya, potential client tak jadi pula nak membeli insurans dengan kita. Faktor keselamatan juga tidak terjamin, terutamanya bila pergi ke lokasi yang kurang dikenali demi berjumpa dengan client.

MAIDEASY – Percaya tak, dengan hanya mengemas rumah sahaja, anda boleh mendapat bayaran sebanyak RM16/jam (tak termasuk bonus)? Yang lagi best, anda boleh merancang jadual anda siap-siap, jadi boleh tentukan waktu berehat. Job pun sentiasa ada, dari Isnin-Ahad, termasuklah public holiday. Untuk sesi malam, job paling lewat akan bermula 8pm dan tamat 12am, waktu yang perfect untuk anda balik dan rehat! Tambahan pula, Maideasy sentiasa mendahulukan keselamatan krew dan setiap aktiviti direkod dalam sistem kami.

Macam mana, best kan? Syarat-syarat untuk menyertai Maideasy pun sangat senang:

Warganegara Malaysia / Penduduk tetap (Pemegang IC merah)
Berumur 18 tahun – 50 tahun
Mempunyai telefon Android
Mempunyai transport sendiri – kereta atau motor

Klik sini sekarang untuk mendaftar! Ataupun telefon kami di 03-2770 2808 untuk sebarang pertanyaan. Jangan risau sekiranya tidak pernah mencuci rumah orang lain, training kami akan sediakan secara PERCUMA!

KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR SEKARANG!

Bestnya… Saya nak sertai Cleaning Crew Maideasy!

Ketahui lebih lanjut mengenai kerja di Maideasy, faedah-faedah serta cara-cara untuk menyertai team kami