Kita sering dengar tentang orang yang belajar di luar negara seperti Amerika, Australia dan lain-lain negara yang lebih maju sambil bekerja ‘part-time’ untuk menjana duit sampingan. Antara kerja yang dilakukan termasuklah kerja yang dikira ‘3D’ di negara kita, contohnya memetik buah dan menjadi pengemas rumah atau ‘cleaner’ separuh masa. Tapi kenapa di negara kita, orang tempatan sangat kurang yang sanggup buat kerja yang kena berpanas atau berpeluh? Semua nak kerja pejabat, jurujual di mall atau kerja-kerja yang ‘selesa’ di tempat ber’aircond’.
Sebenarnya ada je yang sanggup, cuma tak dikenali atau viral macam kisah orang yang kerja cleaner di negara lain. Ramai juga pemuda bergelar pelajar yang bekerja sebagai part-time cleaner dengan kami. Ya, cleaner!
Bila sebut pasal cleaner, selalunya orang terbayang cleaner yang kita selalu nampak di tandas tempat awam. Kalau sebut housekeeping pula, terus terbayang orang yang mengemas bilik hotel. Tapi cleaner kami tak perlu bertungkus lumus di tempat awam, sebaliknya, mereka hanya perlu mengemas rumah.
Jika ditanya, “Tak segan ke kerja cleaner ni?” selalunya kami mendapat jawapan dalam bentuk senyuman dan berbunyi, “Buat apa nak segan, ni kan kerja halal. Gaji masyuk, waktu fleksibel pulak tu. Kalau tak join lagi rugi!” Bukan setakat student je yang join part-time krew kami tau, ada juga mereka yang telah pun bekerja full-time tetapi inginkan pendapatan tambahan.
Jadi, malu apa bossku? Mentaliti kita kena ubah! Mereka sudah menyertai part-time krew kami, anda bila lagi? Untuk maklumat lanjut, sila PM kami di m.me/signup.krew atau terus ke www.maideasy.my/sertai-krew-professional-kami untuk mendaftar sebagai krew!